CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Monday, March 14, 2011

Citer Kenduri Kawin......


Assalamualaikum....
Dh lme rsenye x update blog ni ye.huhuhu...nk wat cmne.agak bz la dlm tempoh seminggu ni..ari ni sy nk cerita mengenai kenduri kawin kt umah sy..agak2 nyer sape la kawin ye.yg pasti bkn sy la.hehehe....
          Alahmdulillah pd 10 Mac 2011 kakak sy yg kedua iaitu anak yg ketiga dlm family tlh diijab kabulkan dgn pasangannya iaitu abg ipar sy la ye..hehee...
          Pd 10 Mac majlis akad nikah berlangsung di umah kami(umah sebelah pompuan)..keesokan harinya, majlis kesyukuran di umah kami gak.kakak sy nmpk cantik ari 2.biasa la.nme pn raja sehari.x kn x cantik.nnt sy kalu kawin pn cantik gak.(perasan betul.cantik ker???)hahaha....sy jd pengapit ari 2.sy jd pengapit kakak n adik yg bongsu jd pengapit abg ipar.org pn ckp la pengapit2 kecik je.hehehe...dh orgnyer kecik, x kn la tbe2 besar lak kn. Tema ari 2 warna merah, so pakai la ktorang bj yg sme warna merah.nsb bek xde lembu.kalu x agaknyer ktorang ni kena kejar ngn lembu la kot sbb pakai bj merah..hehehe.. lawak je.
          Hari ni majlis kt umah pengantin leleaki lak.so ktorang g la umah pengantin lelaki & tlh menghantar kakak sy ke sana.tema kt umah 2 ijau.my favourite colour 2.hehehe....(pyh btol ngn org yg obsess ngn ijau ni.)
          Mse kenduri kt umah 2 penat sgt.ye la dr pg smpai la mlm bekerja. X berhenti...yg paling kesian mak la sbb mak yg paling byk wat keje rsenye.tp Alhamdulillah la ktorg ni rajin.tolong mak kemas brg sume. Smlm dh siap kemas sume pinggan2 n brg yg seumpama dgnnye. Ari ni sume dh blk KL. Yg tgl kt umah sy, adik bongsu n abg. Sy ni cuti 2 minggu 2 yg seronok x pergi lg.hehehe....
          Dr pe yg sy dpt tau dr kakak sy yg br kawin 2, dy n abg ipar sy dh kenal selama 10 tahun. Lme 2 tau. X sangka lme 2 knl. Sy berharap n berdoa kpd kakak n abg ipar semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في خير
Smpai cni sj la cter ari ni. Nnt jika diizinkan sy akan upload gmbr mse kakak sy kawun ari 2...insyaAllah...

Tuesday, March 8, 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...........
Rsenye dh lme x update blog ..padahal br 6 hari(hehehe...) kali ini sy nk post satu artikel yg sy amik kt mne dh x igt(sbb dh lme sgt)... post kali berkaitan dgn soalan2 yg selalu kte dgr. Contohnya, spe org yg plg sibuk, spe org yg plg kaya n sebagainya... oleh itu sama-samalh kte menghayatinya....
Siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain
p/s: yg last 2 paling terase sbb dh lme simpan emel ni.huhuhu....

Wednesday, March 2, 2011

Lelaki, Kucing & Ahli Sufi

Telah dtg seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sdg memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kpd lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??" Jawab lelaki tersebut "aku tlh menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dlm keadaan yg tersangat lemah & kesejukan, kemudian aku mengambilnya & memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar2 sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku".
Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia tlh memelihara kita sjk dr kecil yg tersangat lemah & dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala2nya tetapi stlh begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka  kpdNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dgn azabNYA."
Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut krn mengenangkn dosa2nya terhdap Allah. Jika ia lmbat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkn atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak krn percubaan mendera kucingnya...............