CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Sunday, May 13, 2012

Good Luck...

Assalamualaikum...

Esok dh start pekse...Jd, dikesempatan ni sy nk mengucapkan semoga berjaya kepada rakan2 satu kelas, satu batch dan juga satu IPG...jwb pekse lek lok ye...x lupa juga untuk semua student IPG di seluruh Malaysia yg akan menghadapi peperiksaan bermula esok..I wanna wish best of luck to all of you

Usaha + Doa + Tawakkal = In Sya Allah KEJAYAAN


Good luck...^__^

Tuesday, May 8, 2012

Muhasabah Pagi...

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit kata-kata hikmah sebagai muhasabah diri.....

Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.





Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.




Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.





Wednesday, April 4, 2012

ehmmmm....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

     Lama betul x update blog..Dh b'sawang blog ni agknye ye.. Nk wat cmne, xde idea untuk tulis blog. Tp time ade idea pn x sempat nk tulis. Naik sem baru ni agak busy sikit. Tp kawan2 lain bleh je update kan.hehehe.. Ni namanya malas. Biasalah. Nk tulis blog pn kena ada mood baru bleh tulis. Kalu x memg pndang je la skrin laptop ni..

     Sekarang ni pun nk kata busy xdela busy sgt. Nk kata x busy pn busy la gak. Nak siapkan esaimen yg xsiap lg. Bukan setakat esaimen tp ada komitmen lain yg menyebabkan sem ni agak busy n serabut sikit. Nk tulis pe lg ye??? Ni yg masalah ni. Rasa mcm td idea mencurah-curah ke ladang gandum. Dh lari idea ni. Dtg la blk.. Dtgla... Mcm seru pe je. Alamak! Dh start mengarut ni..

     Sebenarnya susah kn nk puaskan hati semua orang. Bila bekerja dgn ramai org memg kita akn melayan pelbagai kerenah manusia ni. Ada yg nk A, ada yg nk B n ada gak yg nk C. Tp kita kena sbr. Sy kena sbr. Kwn sy kena sbr. Kita x bleh nk expect org utk ikut cara kita. Kita bukannya kerja ngn robot yg ikut pe je arahan kita. tp keje ngn robot pn masalah gak. buatnya robot tu rosak lg la penat. Kena baiki la kena itu la, kena ini la, mcm2. Cara kita bekerja sumenya lain2. kalu ad yg sama pn 2 3 org la. 2 yg sy ckp kita x leh nk expect org utk ikut cara kita. Dan org lain pn xleh nk expect kita ikut cara dia. Kita kena saling bekerjasama la utk mengelakkan b'lakunya p'selisihan faham n x puas hati(ayat skema kot).

     Sy mengaku yg sy susah utk ikut cara n rentak org lain(suka hati aku je nk wat pe). tp sy cuba gak sebab itu adalah arahan ketua. kita saling bekerjasama la kn. tp 2 3 ari ni sy cept je nk mrh n bengang. Yelah, apa yg kita nk 2 xsama ngn apa yg kita dpt. kalu sy bengang memg nmpk jelas n terang muka 2 memg agak2 nk mkn org pn ye kot(hiperbola je ni). xde la sampai cenggitu tp nmpk la muka bengang. Tp bengang mcm mne pn sy, sy cuba utk xmrh kt org(entah ye entah tidak ni). 1 benda yg sy rse x elok utk sy n anda2 sekalian ialah memndam perasaan. Sy sgt suka pendam perasaan. Sy mrh sy diam, sy bengang sy diam. Sy xtau nk luahkn mcm mne. Air mata pn sy akan tahan dr mengalir selagi sy mampu tahan sbb sy nk tnjkkn sy kuat(padahal xde la kuat sgt pn). Kwn sy pn pernah ckp kt sy jgn tahan. Luahkn je. Kalu x luahkan nnt makin tension. W/pn sy x luahkan kt spe2 tp sy tau Allah sentiasa ada utk Hambanya. Allah m'dgr rintihan hambaNya n mengetahui apa yg hambaNya rasa..T_T





     Pe yg sy tulis ni xde kaitan ngn spe2 ye. Pe yg sy tulis ni sy tujukn utk diri sy sendiri utk sy muhasabah blk sy ni mcm mne. Kalu ad kwn2 ad baca entry sy kali ini sy nk mntk maaf byk2 kalu sy ad t'silap kta, t'lanjur bicara, t'kasar bahasa n p'buatan yg menyakitkn hati. Manusia ni x lekang dr melakukan kesilapan. mntk maaf byk2 ye. Sy xtau la pe sbnrnye yg sy dh tulis kali ni. 2 yg xtau nk letak tajuk pe.huhuhu..ok la. Smpai di sini sj ye..=)

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Umat Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Selama tempoh 1433 tahun kita menyambut Maal Hijrah, bukan bermaksud sekadar kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain tetapi yang penting menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w menjana serta menobatkan Islam di mercu dunia demi kesejahteraan umat. Kita perlu berhijrah daripada melakukan perbuatan yang buruk kepada mencapai sesuatu yang lebih baik dan kejayaan. Paling penting ialah meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mengganggu gugat keimanan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


 "Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya." (al-Baqarah ayat 218).
Semoga pada tahun baru ini kita menjadi orang yang lebih baik dari hari semalam dan setiap kesilapan yang dilakukan dijadikan sebagai pengajaran. Kita hendaklah berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah...=)