CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Umat Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Selama tempoh 1433 tahun kita menyambut Maal Hijrah, bukan bermaksud sekadar kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain tetapi yang penting menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w menjana serta menobatkan Islam di mercu dunia demi kesejahteraan umat. Kita perlu berhijrah daripada melakukan perbuatan yang buruk kepada mencapai sesuatu yang lebih baik dan kejayaan. Paling penting ialah meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mengganggu gugat keimanan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


 "Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya." (al-Baqarah ayat 218).
Semoga pada tahun baru ini kita menjadi orang yang lebih baik dari hari semalam dan setiap kesilapan yang dilakukan dijadikan sebagai pengajaran. Kita hendaklah berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah...=)

Saturday, November 26, 2011

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang
tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing
dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai
ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Zindagi Ekk Safar....Kehidupan Satu Perjalanan....Dunia Jambatan
KeAkhirat

Wednesday, November 16, 2011

......

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته



Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.


sme2 la kte muhasabah diri...

Tuesday, November 15, 2011

Ketentuan & Pilihan

Si muslim menyeru kepada Si Majusi supaya menerima agama Islam.  Si Majusi menjawab; 
"Saya akan memeluk agama Islam sekiranya Allah menghendaki saya berbuat demikian". 

"Allah Menghendaki tuan memeluk Islam,"  kata Si Muslim,  "tetapi nafsumu dan syaitan menyeret tuan kekafiran dan ke berhala api". 

Jawab Si Majusi; 

"Jika nafsu dan syaitan itu lebih kuat,  tentulah saya tertarik oleh kuasa yang lebih kuat itu. 

Kata tuan,  Allah Menghendaki saya memeluk Islam. 
Apakah gunanya KehendakNya itu sekiranya Dia tidak boleh Melaksanakannya. 
Kata tuan,  nafsu dan syaitan menjalankan kehendaknya,  tetapi kehendaknya berjaya pula. 
Allah pun menjalankan KehendakNya,  tetapi tidak pula berjaya. 
Nampaknya Allah kalah di sini. 
Padahal Allah berfirman bahawa apa sahaja yang diKehendakiNya pasti terjadi. 
Dia Tuhan sekelian alam,  baik yang ghaib mahupun yang nyata. 
Tanpa izinNya,  tidak akan berlaku suatu apa pun.  Dia memiliki alam. 
Dia memiliki segala urusan. 
Syaitan itu laksana anjing di pintu rumahNya sahaja". 

Si muslim menjawab, 

"Memang benar,  tetapi kita ada kuasa untuk memilih. 
Tuan tidak boleh menafikan adanya indera batinmu. 
Anda boleh membuat pilihan samada hendak baik atau hendak jahat. 
Naluri untuk memilih ada terpendam dalam jiwa. 
Terpandang objek yang dikehendaki itu menimbulkan tindakan. 
Apabila iblis menunjukkan kepadamu satu objek yang dikehendaki,  kuasa yang terpendam itu terjaga sedar dan bergerak menuju objek itu. 
Sebaliknya malaikat meletakkan di hadapan anda objek yang baik-baik dan menyerahkan ke hati anda,  supaya kuasa menahan kejahatan dan memilih yang baik dapat digalakkan." 

Dari kacamata akal,  faham Jabariah itu lebih buruk dari faham Qadariah kerana orang-orang jabariah menafikan kesedaran atau akal mereka sendiri.  Orang-orang Qadariah tidak menafikan kesedaran atau akal mereka sendiri.  Mereka hanya menafikan tindakan Yang Maha Berkuasa,  laksana mengatakan "Di situ ada asap tetapi tidak ada api".  Orang-orang Jabariah melihat api jelas dan terang dan hinggakan pakaian merekapun terbakar oleh api itu,  tetapi mereka,  seperti orang yang tidak percaya,  mendakwa api itu tidak ada. 

Jika Allah saja mempunyai kuasa memilih,  kenapa anda marah kepada pencuri yang mencuri barang-barang anda?  Sedangkan binatang mengetahui deria batinnya.  Sekiranya unta dipukul dengan kejam,  ia akan menyerang orang yang menunggangnya itu.  Marahnya pada orang itu,  bukan pada belantan atau rotan yang memukulnya. 

Dalam Al-Quran penuh dengan ayat-ayat suruhan dan larangan,  juga hukuman azab bagi mereka yang engkar.  Adakah ini ditujukan kepada batu atau kayu? 

Saudara menganggap Allah berkuasa,  tetapi terang sekali saudara menganggap Allah itu jahil serta bodoh.  Fahaman Qadariah menganggap Allah itu kurang berkuasa.  Menganggap Allah itu jahil adalah lebih buruk dari menganggap Allah itu kurang berkuasa.  Kuasa pilihan Allah yang semesta itu menimbulkan kuasa individu untuk wujud.  KuasaNya laksana penunggang kuda yang tersembunyi oleh habuk-habuk yang ditimbulkan oleh kaki kuda itu.  Tetapi kawalanNya terhadap pilihan tindakan kita itu tidak melucutkan kuasa pilihan kita. 

Iradat Allah terlaksana dengan mutlak,  tetapi kita jangan berfaham Jabariah dan mengatakan pula Allah mendorong kita berbuat jahat,  atau mengatakan Allah menghendaki kita jadi kafir.  Bukan begitu,  tindakan itu dikehendaki oleh anda sendiri.  Anda sendiri yang memilihnya. 

Fahamkanlah!!! 

Kerana tanpa Iradat atau Kehendak anda,  kekafiran itu tidak akan wujud.  Kekafiran secara dipaksa atau ditentukan oleh Allah adalah bertentangan dengan diri sendiri. 

Berusahalah memperolehi ilham dari 'Piala Cinta Allah' maka barulah anda jadi 'Tiada Diri' dan tanpa kehendak sendiri.  Maka jadilah semua kehendak milik kepada 'Arak' dalam 'Piala' itu.  Saudara boleh dimaafkan terus. 
  
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini 
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH 

credit 2 my sister.sy amik artikel ni dr dy..
wassalam....

Sunday, November 6, 2011


Qurban Tenaga itu - SEDEKAH
Qurban Masa itu - FISABILILLAH
Quban Harta itu - BERZAKAT
Qurban Nyawa itu - JIHAD
"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"