CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Sunday, May 13, 2012

Good Luck...

Assalamualaikum...

Esok dh start pekse...Jd, dikesempatan ni sy nk mengucapkan semoga berjaya kepada rakan2 satu kelas, satu batch dan juga satu IPG...jwb pekse lek lok ye...x lupa juga untuk semua student IPG di seluruh Malaysia yg akan menghadapi peperiksaan bermula esok..I wanna wish best of luck to all of you

Usaha + Doa + Tawakkal = In Sya Allah KEJAYAAN


Good luck...^__^

Tuesday, May 8, 2012

Muhasabah Pagi...

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit kata-kata hikmah sebagai muhasabah diri.....

Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.





Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.




Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.