CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Sunday, May 29, 2011

Subhanallah...Semuanya Ciptaan Allah

Assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah n syukur ke hadrat illahi kerana sy masih berpeluang tuk tulis blog ari ni.setelah hampir 2 minggu x update ari ni br berkesempatan. 2 mgu ni sibuk ngn exam.berat kepala btol tym 2. terasa bebanan sgt ble tgh jwb pekse.smpai terasa cm nk muntah.nseb bek x muntah.hehehe...alhamdulillah abih gak exam. ringan blk kepala ni. ble dh abih pekse mestila cuti.hehehe..cuti adalah perkara yg dtunggu-tunggu oleh sy.bkn sy sorg tp msti sume org ske la kalu cuti.
     alhamdulillah gak sy smpai d umah dgn slamat ptg smlam. sy nek kereta api ngn kwn2 yg len.lbey kurg 11 jam p'jlnn dr kluang ke pasir mas.skt bdn. kaki yg br nk bek pn skt blk sbb lme sgt duk dlm kete api. tp x pe.skt 2 sekejap je. yg penting dpt ilangkn rindu ngn famili.hik3...
     ari ni sy bkn nk cter psl kete api ke cuti ke famili ke kn.sy nk cter psl keindahan yg sy tgk sepanjang perjalanan. subhanallah!!cantik sgt.sy tgk ijau je kiri kanan.kwn2 yg bce ni msti ckp asal ijau je sy ske.hihihi....bkn sbb ijau sy puji tp ttpi keindahan yg masih kekal. mse awl perjalann sy tdo je. ngantok..hehehe..tp ble dh stat dr gua musang, sy dh jarang tdo. walaupn tdo tp x sekerap mse awl2. mse 2 la sy tgk keindahan bumi kte ni. masih kekal dgn kehijauan. kalu kt bndar2 sush dh nk nmpak yg kehijauan pokok. kalu ad pn sket je. ble lihat pemandangan yg ijau, air sg yg jernih lg buatkn sy berfikir bahawa pe yg ad di kiri kanan sy merupakan ciptaan Allah yg sgt indah. kte x mampu tuk menciptakan sesuatu yg cukup indah ini. melihat keindahan ciptaan Allah ini mengingatkan sy pd 1 cter yg pernah dciterkn oleh ustaz sy. tym 2 sy drjah 4. cter nyer mcm gni.......

Di 1 kg ad seorg pakcik. pakcik ni dipanggil pakcik botak disebabkan kepala dy yg botak.hehehe...pakcik botak ni ad 2 org anak.dua2 perempuan.anak2 pakcik botak ni pandai.dpat msk u.ble dh abis pengajian anak2 pakcik botak ni jd cikgu.seorang cikgu sains n sorg lagi ustazah..ditakdirkan anak2 pakcik botak  berkahwin.cikgu sains pasangannya cikgu ains n ustazah pasangannya ustaz. 
     suatu hari, pakcik botak nk menguji kebikaksanaan menantu2nya. maka pakcik botak 2 ajak la menantu2nya tuk pergi mengambil buah kelapa di satu tmpt.tuk pergi ke tmpt 2 kna nek sampan.sbb lalu ikut sg. kayuh pnye la kayuh smpan 2 smpai pakcik botak ternampak sekor itik tgh berenang kt dlm sg 2.tym ni la dy ad idea nk uji kepandaian menantu2nya.jd b'lakulah sesi soal jwb antara mereka.
pakcik botak: ayah nk tny ni.kenapa itik 2 boleh berenang n x tenggelam dlm air?
cikgu sains: menurut kajian sains yg sy pelajari, itik 2 x tenggelam sbb ad bulu pelepah yg menyokong kt dlm air n kaki yg unik tuk dy berenang dlm air. 
pakcik botak: emm..betul 2.
ustaz: menurut kajian al-Quran sy semua itu ciptaan Allah.
pakcik botak: emmm....
     kemudian, pakcik botak 2 jmpe lak dgn angsa. bunyi angsa yg kuat buatkn pakcik botak b'tany lg soklan kpd menantu2nya.
pakcik botak: kenapa angsa 2 suaranya kuat?
cikgu sains: mengikut kajian sains sy, suara angsa ni kuat sbb dy ad leher yg pnjang.
pakcik botak: betul3..
ustaz: menurut kajian al-Quran sy semua itu ciptaan Allah.
pakcik botak: betul
     ble dh smpai kt tebing sg pakcik botak 2 nmpk lak ngn rebung buluh.dy tny lg...
pakcik botak: kenapa rebung buluh ni boleh hidup n tumbuh kt tebing sg yg keras ni?
cikgu sains: mengikut kajian sains sy rebung buluh ni mempunyai muncung yg tajam.sbb 2 la dy boleh tumbuh n hidup di tebin sg yg keras ni.
ustaz: mengikut kajian al-Quran sy sume itu ciptaan Allah.
     smpaila mereka bertiga kt tmpt kelapa. jd mereka kait kelapa 2 n kutip tuk d letak dlm sg. kemudian, pakcik botak ni nmpk lak lubang cengkerik yg licin. dy pn tny lg.
pakcik botak: kenapa lubang cengkerik ni licin je?
cikgu sains: menurut kajian sains sy lubang cengkerik ni licin sbb cengkerik ni selalu ulang-alik masuk lubangnyer.
ustaz: menurut kajian al-Quran sy sume itu ciptaan Allah.
     pakcik botak ni sgt berpuas hati ngn cikgu sains ni. dlm p'jlnn blk ke umah semula pakcik botak duk puji je cikgu sains ni. dy ckp cikgu sains ni bijak la pandai la. ustaz ni rse cm geram la gak kn. kemudian ustz pn buang kelapa ke dlm air. pakcik botak t'kejut ngn kelakuan ustaz t'sebut.dy pn tny la.
pakcik botak: kenapa buang kelapa ke dlm air?
ustaz: ayah, cbe ayah tgk kelapa 2. mne ad bulu pelepah ke kaki yg unik pn kn. tp bley gak terapung. 2 sume ciptaan Allah.
pakcik botak: betul gak 2..
ustaz: cbe ayah tgk lak ngn katak. leher dy pendek je tp suara dy kuat je. 2 sume ciptaan Allah.
pakcik botak: emm..betul gak.
ustaz: ayah tgk lak kt cendawan kt busut 2. cendawan 2 xde pn muncung yg tajam kt atas dy tp boleh je idup kt busut yg keras 2. itu sume ciptaan Allah.
pakcik botak: betul3...
     yg last ni spesel pny. tbe2 je ustaz ni angkat kopiah ayah mertua dy. dy pn ckp..
ustaz: ayah cbe ayah tgk kepala ayah ni. xde pn cengkerik lalu kt atas kepala ayah tp licin gak..maknanya sume itu ciptaan Allah..
pakcik botak: betul 2...
     pakcik botak ni puas hati dgn jwpn menantu2nya. dy sgt puas hati krn kedua2 menantunya pandai.
pengajaran: sume yg ad di bumi ini adalah ciptaan Allah. kte kna igt w/pn hebat mne kajian manusia ini tetap x leh nk menandingi keindahan ciptaan Allah. setiap ciptaan Allah m'punyai    keisimewaan yg t'sendiri. x kisah la ciptaan Allah itu kecik ke besar ke sumenye m'punyai keistimewaan masing2...
     harap2nye ad kaitan la citer sy b'kait la dgn cter sy yg awal2 2.hehehe....
wallahu'alam....^__^

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru....

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini tanggal 16 Mei merupakan satu hari yang istimewa buat guru-guru. Dengan penuh rasa gembira sy ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia ni terutama sekali guru-guru yg pernah mengajar sy..Selamat Hari Guru kepada guru-guru SK Lati, SK Sri Kiambang, SMAP Kajang, SMKA Lati, pensyarah-pensyarah KMK n juga IPG Kampus Tun Hussein Onn. Jasamu akan kukenang sampai bila-bila. 

Orang selalu cakap jd cikgu ni senang, cuti banyak. memang x dinafikan jadi cikgu ni cuti banyak tp tuk menjadi cikgu ni bukanlah senang sebenarnya. ye la nk berdepan dgn bdk2 yg bermacm kerenah. kalau sorang x pe lg, kalu ramai memg sakit kepala. chewah, mcm berpengalaman lak.hiihihi...ni dikira pengalaman gak sebenarnya. Pengalaman semasa PBS ari 2. bukan senang nk handle bdk ni. nak2 lagi yg sekolah rendah. nak jd seorg cikgu ni mestila mempunyai kesabaran yang tinggi. kalu x sbr 2 yg jd mcm2 kes skang ni, cikgu dera ank murid la, mcm2..
bagi sy cikgu ni seorang insan yg mulia. x jemu nk mendidik anak-anak x kira masa. sampaikan masa tuk diri sendiri pn x de. especially cikgu2 yg ngaja kls yg amik exam. fuh....kte yg tgk ni pn penat apatah lg cikgu yg mengajar. dr pg smpai ke mlm klsnye. bg cikgu2 ni lak, satu kepuasan bila pe yg dyrang ajar melekat  kt dlm kepala anak2 dyrang. bayangkan kalu x de cikgu kt dunia ni msti kte pn x pandai, nk blaja ngn spe kn. so, hargailah guru-guru anda. walaupun x de adiah wish pn jdlah. sekurang-kurangnya kte igt jasa cikgu-cikgu yg dh mengaja kte. tanpa mereka siapalah kte...
buat bakal-bakal guru terutamanya huda, sue, 'aisyah meor, aisyah mail, atiqah, aini, wani, naqibatul, ida, syira, biha, najwa, nadiah, zati, iffah, ira, dibah, hamzi n zul, selamat hari guru....w/pn kte x jd guru lg tp sy tetap nk wish gak..semoga kte sume m'jd guru yg mampu mendidik anak-anak bangsa & melahirkan anak-anak yg soleh & cemerlang....'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'...=)

Saturday, May 14, 2011

10 Jenis Solat yang Tidak Diterima oleh Allah S.W.T

sebagai peringatan kita bersama...=)

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : 
"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."..
wallahua'lam.....

Thursday, May 12, 2011

Asal usul api

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari
neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. 

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?                                                                            Jibril : sebesar kurma...                                                                                            Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. 
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... 
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. 

Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. 

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi. 

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA. MOGA ada manfaat dari riwayat ini.

Wednesday, May 11, 2011

Renungan Bersama

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi...
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat..
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita bertambah semula..
Biar diri derita, agar ku tahu derita hidup ini... 
Agar ku sedar kesengsaraan ini..tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah saw..
Tuhan tidak sesekali menzalimi hamba-Nya..
Tapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri...


Sunday, May 1, 2011

Persahabatan

assalamualaikum w.b.t..
dh lme sy x update blog ni..bknnye ape tp sdikit mls nk menaip..hehehe...ari ni sy nk taipkan mengenai persahabatan.artikel ni sy copy dr blog mane pn sy x igt dh..tp ni tuk tatapan sume t'utamanya to all my frenz..


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran