CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Saturday, July 23, 2011

Berapa Hari Je Lagi....

Assalamualaikum wbt...
     Alhamdulillah...rasa syukur yg amat sangat sbb dh x demam cume selesema yg x abih lg. setelah 2 hari berehat n tdo je hari ni sy rasa bersemangat semula. itu adalah ujian yg dtg kpd kita. adakah sy semakin sihat ni disebabkan oleh aura yg akan dtg beberapa hari lg? hehehe...mst semua org pelik apa la yg beberapa hari lg ni.jeng3...


     Bulan Ramadhan yg akn tiba beberapa hari lg. begitu cepat masa berlalu. sy rasa baru je sambut ramadhan yg lepas. tup2 beberapa hari je lagi untuk kita menyambut ramadhan pd tahun ini. firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183:

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

     Jadi, orang islam kita wajib berpuasa pada bulan ramadhan ini. melainkan bagi yg uzur syarie'. bulan puasa ni la kita dapat meningkatkan amalan kita. bukan nk kata masa bulan2 lain kita x dapat meningkatkan amalan tp masa bulan puasa inilah kita harus tanamkan azam supaya amalan pd bulan puasa ini akan berterusan sehinggalah kita bertemu dgn bulan puasa pd tahun berikutnya. kira istiqamah la. nk istiqamah ni bukan senang. sy ada membeli n membaca 1 majalah baru namanya Generasi Al-Quran Kreatif @ Gen Q. bukan Gen-2 ek. Gen Q. majalah ni bagus n sy suggestkan anda beli la majalah ni. eh, promote lak.hehehe...
     
     Berbalik semula pd istiqamah td. 
"Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang."

kita jadikan bulan puasa nnt sebagai bulan untuk kita berubah ke arah kebaikan dan istiqamah dgn setiap amalan yg dilakukan. kita cakap senang tp nk buat tu payah. banyak godaannya. untuk lakukan perubahan itu kita kena tanamkan satu slogan yg memang wajib tuk kita sematkan dalam sanubari iaitu FASTAQIM (maka tetapkanlah hati). firman Allah dalam surah Hud ayat 112:

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

     Jika kita betul2 nk berubah n istiqamah dalam amalan kita kita kena TAHU apa yg kita nak, MAHU berubah n MAMPU untuk melakukan amalan yang dikerjakan. kita minta n berdoa pada Allah supaya tetapkanlah hati kita n semoga amalan yg dilakukan itu diterima oleh Allah.

     sampai di sini sj rasanya untuk kali ini. sy berharap sgt semoga sy dpt berjumpa dgn ramadhan pd kali ini. dan sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan amalan pada bulan yg mulia bulan Ramadhan. selamat berpuasa ye..^__^



Wednesday, July 20, 2011

Selesema cikgu...

assalamualaikum wbt..
     post kali n sy xtau nk tulis pe. so sy tulis la psl selesema. skang ni ramai sgt yg demam n selesema termasukla sy. seksa rsenya bila selesema ni. hidung tersumbat la itu la ini la. mcm2 la. akan rse seksa ble duk kt blik yg ber'aicond'. terase nk cabut hidung pn ad. tp xpe. itu sume ujian yg Allah bg. Allah bg kte x chat sbb nk bg kte pahala.hehehe...=)
     cuaca skang ni x menentu. ad ketika 2 panas sgt. ad ketika sejuk sgt. ble sejuk 2 maknanya hujan la. jd senang la diserang selesema.
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah pula dengan stress, kita mudah mendapat demam selesema dan seterusnya hidung mulalah berair (runny nose). Pada saat ini pertahanan badan berada pada tahap yang amat rendah. 

     mase selesema ni la kte rse bdn penat sgt. nk berjalan pn rse melayang je ek. kalu rse melayang 2 bek g jmpe doktor ye. nmpk gaya cm dh x larat sgt 2.hehehe...ckp psl doktor ni sy paling x ske g hospital ke klinik ke atau tmpt2 yg seumpama dgnnya. sy memg x ske. xnk jmpe doktor. bkn takut kna cucuk pn tp xnk mkn ubat. ubat x sedap la. pahit. kalu ckp cm ni kompem ad org bls kalu nk ubat sedap wat sndiri.hihihi...2 la. memg ubat pahit n x sedap. tp sedap ke x sedap kna mkn jugak. kalu x mkn bile la nk sihat. nnt kang lmbt sihat.
     jaga kesihatan anda leklok lebih-lebih lg musim panas ni. bykkan minum air n mkn makanan berkhasiat(dh mcm doktor dh).hehehe...stakat ni je la entry kali ni. insyaallah len kali sy akan tulis perkara yg lebih memberi manfaat dr ari ni yg byk mengarut.huhuhu..
wassalam...

Saturday, July 9, 2011

Ambillah Waktu.......

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah SUMBER KEKUATAN...

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa MUDA YANG ABADI....

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah SUMBER KETENANGAN....

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah SUMBER KEBIJAKSANAAN....

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah HAK ISTIMEWA YANG DIBERIKAN TUHAN.....

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan MENUJU KEBAHAGIAAN.....

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang MENGGETARKAN HATI....

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa BEERTI....

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah NILAI KEBERHASILAN.

kredit untuk Majalah nur(Julai o9)

Tuesday, July 5, 2011

Alhamdulillah...Pujian dan Pahala



Terdapat satu hadis qudsi yang bermaksud:
"Sesungguhnya layak bagi Aku menurunkan suatu ujian kepada hamba-hambaKu (orang mukmin), jika mereka bersyukur di atas ujian yang diberikan kepadanya, maka akan diberi pahala selama mana mereka menerima keadaan itu."
Berdasarkan hadis tersebut jelas menunjukkan kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita selama ini. Nikmat yang patut kita syukuri apabila kita bangun dr tidur ialah nikmat bernafas dan masih lagi hidup di dunia ini. Nikmat hidup adalah nikmat yang kita selalu lupa malah kita selalu mengeluh dlm setiap apa yang terjadi.
Kita selalunya akan mengucapkan Alhamdulillah apabila dh berjaya atau mendpt sesuatu yg kita nak tetapi kadang-kadang benda yg kita selalu kita buat atau kita tgk kita x ucapkan pujian kepada Allah. Pernah ke bila kita tengok pokok kt dpn umah kita sebut Alhamdulillah? Pernah ke kita apabila nek kereta kita sebut Alhamdulillah??(sy b'tny kpd diri sendiri gak sbb sy pn x ucapkan Alhamdulillah..huhuhu..)Kadang-kadang kita x sedar nikmat yg ada disekeliling itu yg buatkan kita x b'syukur kpd Allah.
Firman Allah dalam surah al-Anbia’ ayat 35:
3 Nä.qè=ö7tRur ÎhŽ¤³9$$Î/ ÎŽösƒø:$#ur ZpuZ÷FÏù ( $uZøŠs9Î)ur tbqãèy_öè? ÇÌÎÈ  
dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Allah telah memberi peringatan kepada kita melalui surah al-Anbia’. Allah akan menguji kita dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan. Siapa kata kesenangan itu bukan ujian?? Kesenangan merupakan salah satu ujian yang kita tidak sedari. Kita cuma sedar bahawa kesusahan itulah ujian yang Allah berikan. Kesenangan yang kita dapat ini merupakan ujian yang besar. Allah mahu melihat bagaimana kita mengahadapi saat-saat kesenangan yang telah kita kecapi.
X akan ada dukacita jika kita ingat ayat 35 surah al-Anbia’. Kita kena ingat bahawa kita semua akan dikembalikan kepada Allah suatu hari nanti. Nikmat yang paling sepatutnya kita syukuri ialah nikmat hidup. Kita kena bersyukur bahawa kita masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini. Tujuan kita hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah bukan untuk kita melakukan perkara yg sia-sia. Kita mestilah mempunyai keikhlasan dlm beribadah kpd Allah. Kita juga mesti lembut hati. Kalau keras hati kita ini menunjukkan kita x bersyukur kpd Allah. Ingat bahawa kalau kita x sebut Alhamdulillah kita lupa ayat 35 surah al-Anbia’ yang bermaksud kita semua akan dikembalikan kepada Allah.(ingatan untuk diri sendiri gak supaya sentiasa menyebut Alhamdulillah..) Walaupun sikit kita sebut Alhamdulillah, sok Allah akan memberi kesenangan yg dijanjikan..
Kita boleh tgk teladan dr kisah Nabi Yunus yg keluar dr kampung halamannya kerana kecewa dgn kaumnya yg tidak mengikut ajaran yg disampaikan. Nabi Yunus juga telah ditelan oleh ikan nun ttp dgn izin Allah Nabi Yunus masih hidup di dlm perut ikan nun. Di dlm perut ikan nun itulah Nabi Yunus mengakui kesilapan diri dan sentiasa bertawakkal kpd Allah. Jadi, kita hendaklah sentiasa mengakui kesilapan diri sendiri dan sentisa bertawakkal kpd Allah seperti nabi Yunus.
بسم الله توكلت على الله ولا حول ولا قوة إلا بالله...
         Kita sebenarnya x berjiwa besar itu yg menyebabkan kita selalu kelam-kabut. Apabila dpt susah sikit pn kita kdg2 xtau nk wat apa. Kita menangisla, meraungla dan mcm2 lg la perkara yg x btol yg akan kita wat(terase sgt yg ni). Allah sentiasa ad bersama kita. Kita harus ingat bahawa setiap ujian yg kita terima itu sebenarnya mematangkan. X kira la ujian itu berbentuk kesenangan atau kesusahan semuanya mematangkan kita. Allah memberi ujian kpd kita kerana Dia nk bg kita pahala. Nk tgk mcm mana kita bersyukur dan menerima dgn redha setiap ujian yg tlh diberikan kpd kita. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 186:
* žcâqn=ö7çFs9 þÎû öNà6Ï9ºuqøBr& öNà6Å¡àÿRr&ur  ÆãèyJó¡tFs9ur z`ÏB z`ƒÏ%©!$# (#qè?ré& |=»tGÅ3ø9$# `ÏB öNà6Î=ö6s% z`ÏBur šúïÏ%©!$# (#þqä.uŽõ°r& ]Œr& #ZŽÏWx. 4 bÎ)ur (#rçŽÉ9óÁs? (#qà)­Gs?ur ¨bÎ*sù šÏ9ºsŒ ô`ÏB ÏQ÷tã ÍqãBW{$# ÇÊÑÏÈ  
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. dan Demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang Yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) Yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
Firman Allah lg dlm surah al-An’am ayat 165:
uqèdur Ï%©!$# öNà6n=yèy_ y#Í´¯»n=yz ÇÚöF{$# yìsùuur öNä3ŸÒ÷èt/ s-öqsù <Ù÷èt/ ;M»y_uyŠ öNä.uqè=ö7uŠÏj9 Îû !$tB ö/ä38s?#uä 3 ¨bÎ) y7­/u ßìƒÎŽ|  É>$s)Ïèø9$# ¼çm¯RÎ)ur Öqàÿtós9 7LìÏm§ ÇÊÏÎÈ  
dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
         Terdapat 2 bentuk ujian yg diberikan kpd kita. Bentuk ujian pertama ialah benda2 yg baik. Contohnya kesenangan dan juga berita gembira yg kita terima. Bentuk ujian kedua pula ialah benda2 yg x elok contohnya kesusahan dan juga kegagalan. Kesusahan yg Allah berikan kpd kita sebenarnya bg menguatkan lg iman kita bukannya semakin mengurangkan iman kita. Semakin banyak ujian yg kita terima menunjukkan Allah sygkn kita dan nk bg kita dpt pahala.
         Sesungguhnya kehidupan kita ini penuh dgn ujian. Yg membezakan kita semua ialah bagaimana kita menghadapi ujian yg diterima. Kita seharusnya bersedia untuk menghadapi ujian yg bakal diterima. Jika kita dpt ujian kesenangan ucapkanlah Alhamdulillah. Jika kita dpt ujian kesusahan pun ucapkanlah Alhamdulillah. Firman Allah dlm surah al-Fajr ayat 15-16:
$¨Br'sù ß`»|¡RM}$# #sŒÎ) $tB çm9n=tGö/$# ¼çmš/u ¼çmtBtø.r'sù ¼çmyJ¨ètRur ãAqà)uŠsù úÎn1u Ç`tBtø.r& ÇÊÎÈ   !$¨Br&ur #sŒÎ) $tB çm9n=tGö/$# uys)sù Ïmøn=tã ¼çms%øÍ ãAqà)uŠsù þÎn1u Ç`oY»ydr& ÇÊÏÈ  
(dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh Yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya Dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata Dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, Dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek Dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
         Jadi, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat dan ujian yg telah diberikan kpd kita. Jgn sombong krn kita ini semua sama sahaja yg membezakan kita ialah iman dan taqwa kita kpd Allah. Ucapkanlah Alhamdulillah dgn setiap ujian yg telah diberikan. InsyaAllah kita akan maju dan beruntung di dunia dan juga di akhirat..wallahua’lam...