CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Sunday, February 27, 2011

5 PERKARA

1. tersebut di dalam khabar (hadith) lima perkara racun yang membunuh dan lima penawar sebagai  ubatnya:
            a. Dunia itu racun dan zahid itu ubatnya.
            b. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya.
            c. Perkataan yang sia2 itu racun dan zikrullah itu ubatnya.
            d. Seluruh umur itu racun dan taat itu ubatnya.
            e. Seluruh tahun itu racun dan Ramadhan itu ubatnya.
2. Sabda Nabi S.A.W :
            Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
            a. Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati.
            b. Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab.
            c. Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur.
            d. Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat.
            e. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah.
3. Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi:
            a. Hartanya untuk waris.
            b. Nyawanya untuk malaikat maut.
            c. Daging mereka untuk ulat2.
            d. Tulangnya untuk tanah.
            e. Amalan dan kebajikan untuk orang yang dianiaya.
4. Apabila bercerai nyawa dari badan makan terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
            a. Hai anak adam,adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
            b. Hai anak adam,adakah engkau himpun dunia atu dunia himpukan engkau?
            c. Hai anak adam,adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
5. Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
            a. Hai anak adam,di manakah badan engkau yng kuat mengapa jadi lemah?
            b. Hai anak adam,di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
            c. Hai anak adam,di manakah kekasih engkau mengapakah yang jadi mulia rakan engkau?
6. Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
            a. Hai anak adam,engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
            b. Hai anak adam,engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selamanya?
            c. hai anak adam,engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau dikenderai                    selamanya2? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
7. Apabila mayat dibawa di atas pengusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
            a. Hai anak adam,amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang     bertaubat.
            b. Hai anak adam,amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amalmu baik.
            c. Hai anak adam,amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabatmu dalam keredhaan    Allah-dan amar rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang2 yang dimurkai Allah.
8. Apabila mayat diletakan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
            a. Wahai anak adam,segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
            b. Wahai anak adam,jika amalmu itu baik kamu akan lihat baik.
            c. Wahai anak adam,jika amalmu itu buruk kamu akan lihat buruk.
9. Imam Anas bin Malik Radziallahu Anhu berkata,bahawa bumi setiap hari berkata:
            a. Wahai anak adam,kamu berjalan di atasku,kamu akan kembali ke dalam perutku (kubur).
            b. Wahai anak adam,kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku,dan kamu akan disiksa di      dalam perutku (kubur).
            c. Wahai anak adam,kamu bergurau di atasku,dan kamu akan menangis di dalam perutku    (kubur).
            d. Kamu makan barang haram di atasku,dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di             dalam perutku (kubur).
            e. Kamu bersuka ria di atasku,dan kamu akan merasa susah sengsara di dalam perutku         (kubur).
            f. Kamu mengumpulkan barang2 haram di atasku,tapi kamu akan hancur di dalam perutku (kubur).
            g. Kamu bersikap sombong di atasku,tapi kamu akan menjadi hina di dalam perutku             (kubur).
            h. Kamu berjalan dengan bersuka ria di atasku,tapi kamu akan bersedih dan sengsara           di dalam perutku (kubur).
            i. Kamu berjalan dalam sinar cahaya menerang di atasku,tapi kamu akan tinggal dalam         kegelapan gelap gelita diu dalam perutku (kubur).
            j. Kamu berjalan untuk berhimpun di atasku,tapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku (kubur).
10. Dari riwayat yang lain pula,bahawa kubur setiap hari  menyeru manusia lima perkara:
            a. Aku rumah yang pencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
            b. Aku rumah yang gelap,maka teranglah aku dengan selalu sembahyang malam       (tahajjud).
            c. Aku rumah penuh dengan tanah debu,makan bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
            d. Aku rumah ular bisa,maka bawalah penawar "Bismillahirrahmanirrahim" sebagai penawar.
            e. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyakanlah amalan membaca
            "Lailahailallah Muhammad Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya..

No comments:

Post a Comment