Assalamualaikum w.b.t
Sedikit kata-kata hikmah sebagai muhasabah diri.....
Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu
tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk
diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk
makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan.
Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan
memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu
tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”.
Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada
tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan
yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu
sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung.
Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.
27 rejab
10 years ago
setiap apa yang kita buat..
ReplyDeleteapa yang kita rasa..
apa yang kita cari..
apa yang kita rindu, yang kita sayang..
apa saja yang ada kaitan dengan kita,
sama ada kehendak dan juga impian..
semua tu akan kembali kepadaNya..
letak Allah kat depan..InsyaAllah kita akan sentiasa di depan...:)