CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Friday, October 14, 2011

Sesal Seorang Ibu

Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.
                Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.
Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah terlalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”
                Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.
                Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”
                Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.
Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”
Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”
                 Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.
                Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.
                Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.
                Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.
                Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.
Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”
                Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.
                Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.
                Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”
                Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Asalamualaikum.”
Maka terdengarlah suara orang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu: “Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.
“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.
“Maaf,  saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”
“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”
“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”
                Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.
                Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.” 

Dipetik Dari Buku: 2002 Keinsafan Siri 2 "Kisah-kisah Insan Bertaubat".



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Tuesday, October 11, 2011

hospital oo hospital..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاتة

setelah sekian lama x update blog akhirnya hari ni berjaya gak update. huhuu..biasala kalu org yg malas tuk menaip ni. kebetulan x de idea so lg la malas tuk update. kte lupakan yg malas 2 yg pasti hari ni rajin. hehehe..

ari ni sy nk b'cerita psl hospital.. 1 tempat yg mana sy memg x ske nk g. ye la kalu g hospital tgk mcm2 gelagat org yg sakit. sy ni pn sebenarnya x ley tgk sgt org yg sakit teruk2. nnt sy pn fening2 gak. igt lg sy g hospital thn lps kalu x clap sbb g tgk jiran sy yg masuk wad. dy ok je tp oorg yg duk katil sebelah dy watkan sy rse fening n loya lak. xyah cter la nape nnt org len yg baca ni pn akan loya gak.hukhuk....

ari selasa lps sy n 2 org lg kwn g hospital sbb teman kwn sy yg sakit kaki. dy x ley nk jln. kirenya seminggu yg lps la citer ni. kwn sy 2 dh pergi hospital ari isnin tp ari selasa 2 kaki dy makin bengkak so g la skali lg ke hospital. smpai je hospital kna tolak kwn sy nek wheel chair sbb dy x ley jln kn. tp bkn sy yg tolak tp kwn sy yg sorg lg. kt hospital 2 bley tgk mcm2 gelagat. dr gelagat org yg menunggu, pesakit n juga doktor. yg paling x tahan ad sorg auntie ni ckp tepon kuat gler. dy igt dy sorg je kot yg ad tepon kt c2. dh la ckp lme kuat plak 2. warden yg g hospital skali ngn kitorg geleng kepala. ye la. auntie 2 dh dkira mengganggu ketenteraman org yg menunggu.

pas2 ad sorg uncle lak yg tegur kwn sy. dy tnya patah ke kaki 2. kwn sy jwb je la. uncle 2 ckp kt kwn sy patutnya g ngurut je. nnt mesti bek pny. ktorg dh senyum2. uncle ni cm doktor lak. pdhal ari isnin 2 doktor dh ckp jgn urut kaki ni. hahaha...tp x pe uncle 2 xtau so ktorng senyum je.

ad 1 lg peristiwa yg memg sy xkn lpe la. sementara menunggu ken sy check suhu n bp sy prasan ad sorg doktor tgh ckp ngn sorg makcik. dy ckp suami makcik 2 dlm keadaan kritikal. kna operate secepatnya sbb ad drh beku dlm kepala. sy yg dgr pn dh tergamam apatah lg makcik 2. tp makcik 2 cuba tuk rilek walaupun riak muka dy jelas berubah. sy tgk dy tahan dr nangis. sy yg tgk ni lak nk nangis. sdey. sy xtau pe akan jd kalu sy kt tempat makcik 2. mesti sy dh nangis. bila doktor dh g sy tgk makcik 2 bersandar pasrah je. dy nangis n ad org gosok belakang dy. slama ni tgk cter je cm2 n skang ni dpt tgk ngn mata sndiri. smpai skang sy teringt kt makcik 2. sy igt muka dy yg sdey je. doakan suami makcik chat sepenuhnya..insyaAllah..ameen..

kwn sy kna msk wad gak sbb doktor kna tgk dlu keadaan kaki dy. mse g wad 2 tgk laorg2 yg ad kt wad 2. ad yg muda n ad yg tua. bila tgk org2 tua kna sorong atas katil teringat lak kt nenek sy. pas2 sy tgk ad sorg 2 muda lg. muka dy calar balar. accident kot. tp kn g hospital sbnrnye wat kte insaf n muhasabah diri. ye la kita ni chat pas2 tgk org terlantar atas katil. yg terlantar 2 x semestinya org tua tp org muda pn ramai. selagi kita ni masih sihat, kita kna la tingkatkan amalan sbb ble dh sakit kita dh x larat nk bangun ntah2 nk angkat kepala pn x larat. kita x tau ble Allah akan menjemput kita. hidup ni singkat je.

igt la 5 perkara sebelum tiba 5 perkara:
1. sihat sebelum sakit
2. muda sebelum tua
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati

life is short, make it simple n sweet...
wassalam....=)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Monday, September 26, 2011

Sesuatu Yang Kita Tidak Perasan Atau Terfikir Langsung

Things You Probably Never Knew or Thought About
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
                      
1. At least 5 people in this world love you so much and they  would die for you.
    Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
                        
2. At least 15 people in this world love you in some way.
    Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
                        
3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.
    Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
                        
4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.
   Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai
   anda.
                        
5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.
    Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
                        
6. You mean the world to someone.
    Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
                        
7. If not for you, someone may not be living.
    Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
                        
8. You are special and unique.
    Anda seorang yang istimewa dan unik.
                        
9. Someone that you don't even know exists loves you.
    Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
                        
10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
      Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar ada hikmah disebaliknya.
                      
11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on
       the world.
       Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
                        
12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you
       believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
       Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,
       mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun
       anda akan memperolehinya.
                        
13. Always remember the compliments you received. Forget about the rude remarks.
      Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
                        
14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know.
      Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
                        
15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.
      Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang
      terbaik.


                        They say it takes a minute to find a special person, 
                        an hour to appreciate them, a day to love them, but then 
                        an entire life to forget them. 
                        
                      
                        Seminit 
                        Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat 
                        baik, sejam untuk 
                        menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi 
                        sepanjang hidup untuk melupakannya. 

Thursday, September 22, 2011

Ucapan Saidina Ali Sebagai Renungan...

 Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun. 

 Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.

 Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.

 Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.


 Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya. 

 Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.

 Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan. 

 Tidak  ada kemenangan bersama kedurhakaan.

 Tidak ada pujian bersama kesombongan. 

 Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna. 

 Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.

 Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.

 Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan. 

 Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.

 Tidak ada keperwiraan bagi pendusta. 

 Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan. 


 Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.

 Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan. 

 Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.

 Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.

 Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.

 Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya. 

 Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.

 Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk. 

 Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan