CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Saturday, July 23, 2011

Berapa Hari Je Lagi....

Assalamualaikum wbt...
     Alhamdulillah...rasa syukur yg amat sangat sbb dh x demam cume selesema yg x abih lg. setelah 2 hari berehat n tdo je hari ni sy rasa bersemangat semula. itu adalah ujian yg dtg kpd kita. adakah sy semakin sihat ni disebabkan oleh aura yg akan dtg beberapa hari lg? hehehe...mst semua org pelik apa la yg beberapa hari lg ni.jeng3...


     Bulan Ramadhan yg akn tiba beberapa hari lg. begitu cepat masa berlalu. sy rasa baru je sambut ramadhan yg lepas. tup2 beberapa hari je lagi untuk kita menyambut ramadhan pd tahun ini. firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183:

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

     Jadi, orang islam kita wajib berpuasa pada bulan ramadhan ini. melainkan bagi yg uzur syarie'. bulan puasa ni la kita dapat meningkatkan amalan kita. bukan nk kata masa bulan2 lain kita x dapat meningkatkan amalan tp masa bulan puasa inilah kita harus tanamkan azam supaya amalan pd bulan puasa ini akan berterusan sehinggalah kita bertemu dgn bulan puasa pd tahun berikutnya. kira istiqamah la. nk istiqamah ni bukan senang. sy ada membeli n membaca 1 majalah baru namanya Generasi Al-Quran Kreatif @ Gen Q. bukan Gen-2 ek. Gen Q. majalah ni bagus n sy suggestkan anda beli la majalah ni. eh, promote lak.hehehe...
     
     Berbalik semula pd istiqamah td. 
"Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang."

kita jadikan bulan puasa nnt sebagai bulan untuk kita berubah ke arah kebaikan dan istiqamah dgn setiap amalan yg dilakukan. kita cakap senang tp nk buat tu payah. banyak godaannya. untuk lakukan perubahan itu kita kena tanamkan satu slogan yg memang wajib tuk kita sematkan dalam sanubari iaitu FASTAQIM (maka tetapkanlah hati). firman Allah dalam surah Hud ayat 112:

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

     Jika kita betul2 nk berubah n istiqamah dalam amalan kita kita kena TAHU apa yg kita nak, MAHU berubah n MAMPU untuk melakukan amalan yang dikerjakan. kita minta n berdoa pada Allah supaya tetapkanlah hati kita n semoga amalan yg dilakukan itu diterima oleh Allah.

     sampai di sini sj rasanya untuk kali ini. sy berharap sgt semoga sy dpt berjumpa dgn ramadhan pd kali ini. dan sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan amalan pada bulan yg mulia bulan Ramadhan. selamat berpuasa ye..^__^



No comments:

Post a Comment