CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

salam

Tuesday, November 15, 2011

Ketentuan & Pilihan

Si muslim menyeru kepada Si Majusi supaya menerima agama Islam.  Si Majusi menjawab; 
"Saya akan memeluk agama Islam sekiranya Allah menghendaki saya berbuat demikian". 

"Allah Menghendaki tuan memeluk Islam,"  kata Si Muslim,  "tetapi nafsumu dan syaitan menyeret tuan kekafiran dan ke berhala api". 

Jawab Si Majusi; 

"Jika nafsu dan syaitan itu lebih kuat,  tentulah saya tertarik oleh kuasa yang lebih kuat itu. 

Kata tuan,  Allah Menghendaki saya memeluk Islam. 
Apakah gunanya KehendakNya itu sekiranya Dia tidak boleh Melaksanakannya. 
Kata tuan,  nafsu dan syaitan menjalankan kehendaknya,  tetapi kehendaknya berjaya pula. 
Allah pun menjalankan KehendakNya,  tetapi tidak pula berjaya. 
Nampaknya Allah kalah di sini. 
Padahal Allah berfirman bahawa apa sahaja yang diKehendakiNya pasti terjadi. 
Dia Tuhan sekelian alam,  baik yang ghaib mahupun yang nyata. 
Tanpa izinNya,  tidak akan berlaku suatu apa pun.  Dia memiliki alam. 
Dia memiliki segala urusan. 
Syaitan itu laksana anjing di pintu rumahNya sahaja". 

Si muslim menjawab, 

"Memang benar,  tetapi kita ada kuasa untuk memilih. 
Tuan tidak boleh menafikan adanya indera batinmu. 
Anda boleh membuat pilihan samada hendak baik atau hendak jahat. 
Naluri untuk memilih ada terpendam dalam jiwa. 
Terpandang objek yang dikehendaki itu menimbulkan tindakan. 
Apabila iblis menunjukkan kepadamu satu objek yang dikehendaki,  kuasa yang terpendam itu terjaga sedar dan bergerak menuju objek itu. 
Sebaliknya malaikat meletakkan di hadapan anda objek yang baik-baik dan menyerahkan ke hati anda,  supaya kuasa menahan kejahatan dan memilih yang baik dapat digalakkan." 

Dari kacamata akal,  faham Jabariah itu lebih buruk dari faham Qadariah kerana orang-orang jabariah menafikan kesedaran atau akal mereka sendiri.  Orang-orang Qadariah tidak menafikan kesedaran atau akal mereka sendiri.  Mereka hanya menafikan tindakan Yang Maha Berkuasa,  laksana mengatakan "Di situ ada asap tetapi tidak ada api".  Orang-orang Jabariah melihat api jelas dan terang dan hinggakan pakaian merekapun terbakar oleh api itu,  tetapi mereka,  seperti orang yang tidak percaya,  mendakwa api itu tidak ada. 

Jika Allah saja mempunyai kuasa memilih,  kenapa anda marah kepada pencuri yang mencuri barang-barang anda?  Sedangkan binatang mengetahui deria batinnya.  Sekiranya unta dipukul dengan kejam,  ia akan menyerang orang yang menunggangnya itu.  Marahnya pada orang itu,  bukan pada belantan atau rotan yang memukulnya. 

Dalam Al-Quran penuh dengan ayat-ayat suruhan dan larangan,  juga hukuman azab bagi mereka yang engkar.  Adakah ini ditujukan kepada batu atau kayu? 

Saudara menganggap Allah berkuasa,  tetapi terang sekali saudara menganggap Allah itu jahil serta bodoh.  Fahaman Qadariah menganggap Allah itu kurang berkuasa.  Menganggap Allah itu jahil adalah lebih buruk dari menganggap Allah itu kurang berkuasa.  Kuasa pilihan Allah yang semesta itu menimbulkan kuasa individu untuk wujud.  KuasaNya laksana penunggang kuda yang tersembunyi oleh habuk-habuk yang ditimbulkan oleh kaki kuda itu.  Tetapi kawalanNya terhadap pilihan tindakan kita itu tidak melucutkan kuasa pilihan kita. 

Iradat Allah terlaksana dengan mutlak,  tetapi kita jangan berfaham Jabariah dan mengatakan pula Allah mendorong kita berbuat jahat,  atau mengatakan Allah menghendaki kita jadi kafir.  Bukan begitu,  tindakan itu dikehendaki oleh anda sendiri.  Anda sendiri yang memilihnya. 

Fahamkanlah!!! 

Kerana tanpa Iradat atau Kehendak anda,  kekafiran itu tidak akan wujud.  Kekafiran secara dipaksa atau ditentukan oleh Allah adalah bertentangan dengan diri sendiri. 

Berusahalah memperolehi ilham dari 'Piala Cinta Allah' maka barulah anda jadi 'Tiada Diri' dan tanpa kehendak sendiri.  Maka jadilah semua kehendak milik kepada 'Arak' dalam 'Piala' itu.  Saudara boleh dimaafkan terus. 
  
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini 
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH 

credit 2 my sister.sy amik artikel ni dr dy..
wassalam....

No comments:

Post a Comment